Tuesday, December 29, 2009

Join Us Facebook

sktu_1987@yahoo.com

Sejarah Sekolah Kebangsaan Taman Uda

Aktiviti merancang masa depan tidak harus dianggap sebagai usaha yang membazir strategi menangani kepadatan murid di sesebuah sekolah sentiasa di dalam perhatian. Pembangunan Sekolah Kebangsaan Taman Uda merupakan cara penyelesaian kadar kepadatan murid-murid sekolah rendah sekitar Alor Star. Ini adalah visi atau wawasan Jabatan Pelajaran Negeri bagi mendapatkan taburan murid yang sekata di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa di kalangan murid. SKTU yang lokasinya terletak di dalam kawasan perumahan Taman Uda yang mempunyai keluasan 103 ekar atau 4.2 hekter di pinggir bandaraya Alor Star ini telah diusahakan sebagai sekolah kembar yang dijangka dapat memenuhi taburan dan tuntutan baru dalam bidang pendidikan.

Era 1982 menampilkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang masih dalam peringkat pelaksanaan awal di mana SKTU pada ketika itu baru berusia setahun turut melaksanakan KBSR sepenuhnya pada tahun 1983, dengan 73 orang murid perintis bersama-sama 43 orang murid Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) Tahun Empat. Jumlah inilah yang memulakan SKTU dengan jumlah seramai 116 orang murid. Hasrat untuk memajukan SKTU merupakan matlamat utama bagi setiap penghuni yang tinggal di Taman Uda. JKKK bersama-sama individu lain telah memainkan peranan yang menggalakkan dengan kemasukan anak-anak mereka ke SKTU sehingga jumlah murid meningkat kepada 384 orang.

Organisasi yang mantap dan berinovatif telah berjaya menambat hati para waris dan sekaligus menambah bilangan kemasukan murid. Era 85, 86 dan 87 memperlihatkan SKTU sebagai sebuah sekolah yang berpontensi dan semakin mendapat perhatian apabila pencapaian kurikulum dan kokurikulum amat menggalakkan. Kerjasama para waris mendapati masalah pembelajaran, salah laku juga pembentukan sahsiah. Tindakan sesuai daripada PIBG melalui perbincangan dan tindakan berikutnya menampakkan kesungguhan pihak PIBG menyertai aktiviti-aktiviti memajukan sekolah dan melihat kepada kebajikan murid. SKTU beruntung mendapat Pengerusi atau yang Di Pertuanya yang berupaya dan berkaliber.

Tahun-tahun1988-1990 pula menampakkan perancangan yang lebih sistematik untuk memanfaatkan revolusi pendidikan. Kesanggupan guru-guru yang tidak pernah mengenal erti penat lelah telah memastikan peningkatan prestasi murid khususnya di dalam pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sehingga kini SKTU telah menikmati berbagai kemajuan dan perkembangan. Pada 1992 telah memenangi Anugerah Cemerlang sebagai sekolah Rendah Paling Cemerlang di Negeri Kedah hingga kini.